RSS

Tuesday, May 3, 2011

Broadband yang macam berok.

Aku memang panas ati betol ngan broadband yg aku gune nie..broadband celcom cap ayam..mcm nak bakor pon ade gak, mane taknye:-

  • dh la slow,
  • bandwidth(5GB) sikit nak ..tut..,
  • line plak xkuat..2-3bar je..kdg2 tetukar line GPRS.(maklum la dok dlm utan UUM)
  • byr bulan2 mahal(student mcm aku nk kuar RM68 tu kire mahal woo),
  • lambat bayor potong,
bg mengelakkan masalah kat atas nie mcm2 care dh aku buat, antarenye:

  • Langgan streamyx..(^_^) tp, sayangnye...aku kat kedah, umah aku kat johor, time cuti sem je bleh gune!!!!!!! tp speed tetap same ngan Broadband celcom aku nie (3xxkbps).
  • ikut cara yang dlm blog nie ajo (.....)
  • org cakap letak keluli kat sebelah broadband@letak kuali kat broadband mcm astro punye tu..
Tp semuenye hampehhhhhhhhhhhh.... aku mmg xpuas hati dengan internet kat malaysia nie..klau korang nak tau Malaysia merupakan negara yang terletak di kedudukan 102 mengikut kelajuan internetnya. Tempat pertama adelah Korea. klau xcayer nengok nie..(.....)

Ahh..malas aku nk cakap byk2, buat sakit ati je ngan broadband nie..mane taknye, terpantas konon, taik kucing die..tipu org ramai dengan iklan die tu..mmg xde etika tol celcom nie..mesti dorg xblajo subjek Etika Pengamal Media dulu..sbbtu koje nk menipu je. Klau die xcakap terpantas aku xbeli dulu kot..haha.. nk potong...nk potong..

Tuesday, April 12, 2011

Minggu yang xberapa bez.

Minggu nie adelah minggu yang paling xbez. G kelas lambat, sampai je kelas budak2 sume balik dtg utk sain kdtgan je, mane taknye dtg kelas lewat sejam. Asgment byk plak sbb buat last2 minit..ade 1 asgment ni yang paling aku xsuke..asgment yang kene pot pet pot pet kat depan kelas..Asgment Public Speaking..perhhhh mmg xbez gile sebab BI aku mmg TERER sampai boleh manjatuhkan pointer aku..cett! Sampai aku rase mcm malas nk g kelas tu. Nasib baik kelas tu 7 orang je..haha.. semue budak dlm tu aku xkenal. Ape2 pon kene g gak kelas tu sebab tu subjek wajid utk kursus aku..lg satu lectrer die sporting.. Arghhhhh, esok nk kene present public speaking nie... mcm biase ar, aku akan buat public reader xnk public speaking,hahahohohuhu.. Abis je public speaking nie dapat la aku mengangkang tido dlm bilek nie..kui3.. xyah bangun pkol 8 pg..:-p

Saturday, April 9, 2011

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu..huah3.. Setelah 3jam aku dudok dlm bengkel buat Blog nie...bjaye jugak aku timbulkan sdikit minat nk buat blog nie..hehe klau sblom nie aku buat hanye kerane nk memenuhi kehendak asgment yg lectrer aku bg.. ish..busy nie...nk tambah2 gadjet kat blog nie....

Tuesday, October 6, 2009

Data Segerak & Data Tak Segerak

DATA SEGERAK

Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok û blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara û aksara dimana klok û klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara. Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi pada dua keadaan iaitu ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data atau dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima.
Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu:
a. Penyegerakkan berasaskan aksara
Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka.
b. Penyegerakkan berasaskan bit
Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary æ1Æ dan memasukkan binary æ0Æ secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.


DATA TAK SEGERAK

Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit û bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat.
Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama û sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut.
Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah:
Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar.
Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan
mula dan akhir untuk setiap aksara.
Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.

Apa Itu Topologi Pokok & Topologi Mesh

TOPOLOGI POKOK.

Topologi pokok ataupun di kenali sebagai topologi berheiraki mengandungi beberapa lapisan yang mana nod-nod di paras yang lebih rendah bersambung dengan satu nod di paras sebelah atas . Dalam topologi pokok ini , Kita boleh memberikan tugas-tugas khas kepada nod-nod tersebut. Kemudian nod-nod ini akan disambungkan ke heiraki rangkaian untuk melakukan tugas-tugas bersepadu . Topologi jenis ini dijumpai dalam penyambungan dalam rangkaian-rangkaian bas . Kelemahan bagi topologi ini adalah kos pendawaiannya tinggi , pengendalian data lebih kompleks dan masa yang diperlukan bagi menghantar data lebih lambat.


TOPOLOGI MESH

Topologi mesh merupakan satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ini bagi membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke satu destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semua nod tadi bersambung antara satu sama lain . Sanbungan ini adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain kerana dalam setiap bahagian komponennya akan membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.

B2C

Business-to-consumer(B2C). Kadang kala dipanggil (Business-to-Costumer). Ianya menggambarkan aktiviti yang dilakukan syarikat-syarikat perkhidmatan antara produk dan sesuatu perkhidmatan. Salah satu contoh transaksi B2C adalah seseorang ingin membeli sepasang kasut kepada penjual kasut atau peruncit, pembeli tersebut membeli kasut tersebut untuk kegunaan dirinya sendiri dan bukan dijadikan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan satu barangan lain. Transaksi ini melibat dua pihak iaitu seorang penjual dan pembeli.

B2B

Business-to-Business(B2B). Merupakan transaksi-transaksi perniagaan yang dilakukan antara 2 pihak iaitu pihak Perniaga dan Peniaga. Contohnya sesuatu transaksi yang dilakukan oleh seorang pengeluar dan seorang pemborong, atau seorang pemborong(orang tengah) dengan peruncit. Jumlah atau nilai transaksi B2B adalah lebih besar berbanding B2C. Sebagai contoh pengeluar kereta membeli tayar, cermin, bateri dan sebagainya untuk melengkapkan penghasilan sebuah keretanya. Barangan-barangan seperti ini dibeli kepada penjual atau peniaga, disini dapat dilihat bahawa peniaga melakukan urusniaga dengan peniaga dan inilah dipanggil B2B.

C2C

Consumer-to-consumer atau kadang kala ia dipanggil citizen-to-citizen. Merupakan transaksi antara pembeli dengan pembeli. Sebagai contoh, seseorang yang menggunakan internet untuk menjual motosikal miliknya dan muncul lagi seorang pembeli yang memang mahu mencari motosikal seperti yang diiklankan itu. Atau satu proses penukaran barang seperti penukaran antara sebuah kereta ferrari dengan sebuah kereta porche, penukaran ini dilakukan dengan persetujuan antara dua pihak tersebut(sistem Barter).

Friday, September 4, 2009

Windows & MAC OS

Windows
Windows merupakan sebuah sistem pengendalian yang dicipta oleh Microsoft. Windows ini perlu ada dalam setiap komputer jika tidak sesuatu kamputer tidak dapat berfungsi. Windows biasanya dijual pada harga yang boleh tahan mahal juga harganya. Harganya antara RM199 dan ada juga hingga memcecah ribuan ringgit. Terdapat pelbagai jenis windows antaranya Windows 95 windows 98, windows 2000, windows ME, windows NT, windows XP, windows Vista, Windows 7. Setiap windows pula terdapat evolusinya yg tersendi dimana windos tersebut terdapat keistimewaan yang tersendiri. Sebagai contoh, windows vista terdapat banyak jenisnya..Vista Home Basic, Home Premium, Untimate dan sebagainya.. Jika dibandingkan antara Vista Home Basic dengan Ultimate, perbezaan dapat dilihat dari segi kelajuan, jenis Ultimate lebih baik berbanding Home Basic. Selain itu Warna jenis Ultimate juga lebih baik.

MAC OS
MAC OS atau Macintosh Operating System merupakan hasil daripada pemikiran yang kritis terhadap Windows..Ia juga merupakan sebuah aplikasi sama seperti windows tetapi bukan milik Microsoft. Ia hanya terdapat pada PC yang dipanggil Apple Macintosh. Penggunaan Apple di Malaysia tidak begitu popular kerana harganya yang begitu mahal. Tetapi Aplikasi2 yang terdapat dalam operating sistem ini tidak kurang juga hebatnya bahkan ada yang berpendapat sistem ini lebih canggih berbanding Windows.