B2C
Business-to-consumer(B2C). Kadang kala dipanggil (Business-to-Costumer). Ianya menggambarkan aktiviti yang dilakukan syarikat-syarikat perkhidmatan antara produk dan sesuatu perkhidmatan. Salah satu contoh transaksi B2C adalah seseorang ingin membeli sepasang kasut kepada penjual kasut atau peruncit, pembeli tersebut membeli kasut tersebut untuk kegunaan dirinya sendiri dan bukan dijadikan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan satu barangan lain. Transaksi ini melibat dua pihak iaitu seorang penjual dan pembeli.
B2B
Business-to-Business(B2B). Merupakan transaksi-transaksi perniagaan yang dilakukan antara 2 pihak iaitu pihak Perniaga dan Peniaga. Contohnya sesuatu transaksi yang dilakukan oleh seorang pengeluar dan seorang pemborong, atau seorang pemborong(orang tengah) dengan peruncit. Jumlah atau nilai transaksi B2B adalah lebih besar berbanding B2C. Sebagai contoh pengeluar kereta membeli tayar, cermin, bateri dan sebagainya untuk melengkapkan penghasilan sebuah keretanya. Barangan-barangan seperti ini dibeli kepada penjual atau peniaga, disini dapat dilihat bahawa peniaga melakukan urusniaga dengan peniaga dan inilah dipanggil B2B.
C2C
Consumer-to-consumer atau kadang kala ia dipanggil citizen-to-citizen. Merupakan transaksi antara pembeli dengan pembeli. Sebagai contoh, seseorang yang menggunakan internet untuk menjual motosikal miliknya dan muncul lagi seorang pembeli yang memang mahu mencari motosikal seperti yang diiklankan itu. Atau satu proses penukaran barang seperti penukaran antara sebuah kereta ferrari dengan sebuah kereta porche, penukaran ini dilakukan dengan persetujuan antara dua pihak tersebut(sistem Barter).

0 comments:
Post a Comment