Tuesday, October 6, 2009
Data Segerak & Data Tak Segerak
Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok û blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara û aksara dimana klok û klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara. Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi pada dua keadaan iaitu ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data atau dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima.
Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu:
a. Penyegerakkan berasaskan aksara
Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka.
b. Penyegerakkan berasaskan bit
Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary æ1Æ dan memasukkan binary æ0Æ secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.
DATA TAK SEGERAK
Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit û bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat.
Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama û sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut.
Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah:
Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar.
Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan
mula dan akhir untuk setiap aksara.
Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.
Apa Itu Topologi Pokok & Topologi Mesh
Topologi pokok ataupun di kenali sebagai topologi berheiraki mengandungi beberapa lapisan yang mana nod-nod di paras yang lebih rendah bersambung dengan satu nod di paras sebelah atas . Dalam topologi pokok ini , Kita boleh memberikan tugas-tugas khas kepada nod-nod tersebut. Kemudian nod-nod ini akan disambungkan ke heiraki rangkaian untuk melakukan tugas-tugas bersepadu . Topologi jenis ini dijumpai dalam penyambungan dalam rangkaian-rangkaian bas . Kelemahan bagi topologi ini adalah kos pendawaiannya tinggi , pengendalian data lebih kompleks dan masa yang diperlukan bagi menghantar data lebih lambat.
TOPOLOGI MESH
Topologi mesh merupakan satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ini bagi membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke satu destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semua nod tadi bersambung antara satu sama lain . Sanbungan ini adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain kerana dalam setiap bahagian komponennya akan membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.
B2C
Business-to-consumer(B2C). Kadang kala dipanggil (Business-to-Costumer). Ianya menggambarkan aktiviti yang dilakukan syarikat-syarikat perkhidmatan antara produk dan sesuatu perkhidmatan. Salah satu contoh transaksi B2C adalah seseorang ingin membeli sepasang kasut kepada penjual kasut atau peruncit, pembeli tersebut membeli kasut tersebut untuk kegunaan dirinya sendiri dan bukan dijadikan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan satu barangan lain. Transaksi ini melibat dua pihak iaitu seorang penjual dan pembeli.
B2B
Business-to-Business(B2B). Merupakan transaksi-transaksi perniagaan yang dilakukan antara 2 pihak iaitu pihak Perniaga dan Peniaga. Contohnya sesuatu transaksi yang dilakukan oleh seorang pengeluar dan seorang pemborong, atau seorang pemborong(orang tengah) dengan peruncit. Jumlah atau nilai transaksi B2B adalah lebih besar berbanding B2C. Sebagai contoh pengeluar kereta membeli tayar, cermin, bateri dan sebagainya untuk melengkapkan penghasilan sebuah keretanya. Barangan-barangan seperti ini dibeli kepada penjual atau peniaga, disini dapat dilihat bahawa peniaga melakukan urusniaga dengan peniaga dan inilah dipanggil B2B.
C2C
Consumer-to-consumer atau kadang kala ia dipanggil citizen-to-citizen. Merupakan transaksi antara pembeli dengan pembeli. Sebagai contoh, seseorang yang menggunakan internet untuk menjual motosikal miliknya dan muncul lagi seorang pembeli yang memang mahu mencari motosikal seperti yang diiklankan itu. Atau satu proses penukaran barang seperti penukaran antara sebuah kereta ferrari dengan sebuah kereta porche, penukaran ini dilakukan dengan persetujuan antara dua pihak tersebut(sistem Barter).
