Tuesday, October 6, 2009

Data Segerak & Data Tak Segerak

DATA SEGERAK

Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok û blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara û aksara dimana klok û klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara. Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi pada dua keadaan iaitu ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data atau dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima.
Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu:
a. Penyegerakkan berasaskan aksara
Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka.
b. Penyegerakkan berasaskan bit
Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary æ1Æ dan memasukkan binary æ0Æ secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.


DATA TAK SEGERAK

Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit û bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat.
Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama û sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut.
Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah:
Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar.
Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan
mula dan akhir untuk setiap aksara.
Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.

1 comments:

minkun said...

blog anda telah disemak.. tq ('',)

Post a Comment